Friday, October 29, 2010

Khidmat Komuniti Dun Sabak & Dun Sungai Air Tawar

Bersama Pimpinan Masyarakat di DUN Sg Air Tawar

Gotong-Royong di Tanah Perkuburan Kg Batu 2 Tebuk Pulai





Pusat Mini Konvensyen Sabak Bernam (sebelum ini panggung wayang)

Pengarah BASE sedang memberikan taklimat serta penerangan

Mesra Ramadhan Briged Amal Selangor DUN Kinrara






Remaja & Belia DUN Kinrara juga bersama di dalam program anjuran Briged Amal Selangor iaitu Mesra Ramadhan DUN Kinrara. Mereka agak riang apabila di berikan tanggungjawab memasak, membungkus dan mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk kampung di sekitar masjid tempat program berlangsung.

Mesra Ramadhan Briged Amal Selangor DUN Dusun Tua





Program Mesra Ramadhan DUN Dusun Tua juga berjaya di laksanakan pada 14 Ogos 2010 yang lalu di Masjid Batu 16 Kg Dusun Tua, Hulu Langat. Selain penerangan Briged Amal Selangor, para peserta juga dapat bersama dengan pimpinan muda di situ untuk slot Solat Amali (Smart Solat) dan "Ice-Breaking" yang di pimpin oleh pimpinan muda Dun Dusun Tua.

Thursday, October 28, 2010

Mesra Ramadhan Briged Amal Selangor DUN Hulu Kelang

Antara aktiviti Mesra Ramadhan Briged Amal Selangor di DUN Hulu Kelang adalah memasak, membungkus dan mengedarkan kepada Pegawai & Anggota Polis di Balai Polis sekitar Hulu Kelang di samping golongan fakir miskin di situ.

Wednesday, October 27, 2010

Mesra Ramadhan DUN Chempaka

Briged Amal Selangor Dun Chempaka memberi khidmat tenaga di dalam program Mesra Ramdhan. AMA.

Program Jelajah Generasi Idaman Selangor Daerah Kuala Selangor Meriah

25 Oktober 2010, Kuala Selangor - Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor iaitu Generasi Idaman Selangor (GeMS) telah berjaya melaksankan program seumpamanya di Daerah Kuala Selangor yang merupakan daerah kedua selepas Sepang pada 24 Okt 2010 yang lalu di Tapak Letak Kenderaan Pasaraya Tesco Kuala Selangor.

Sambutan yang di berikan oleh masyarakat setempat sangat membanggakan. Semua kaum telah hadir untuk melihat sendiri program tersebut di laksanakan. Kami Briged Amal Selangor (BASE) telah terlibat secara langsung sebagai pembantu urusetia di majlis tersebut.

Pelbagai acara telah di laksanakan seperti pameran dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO's termasuk Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memasak, pertandingan 'Street Soccer', pertandingan Bola Keranjang 3 sebelah, pertandingan dan pameran motosikal klasik dan pelbagai jenis, pertunjukkan menunggang secara berhemah oleh Alternative Riding Club (ARC) Selangor, kaunter Daftar Pemilih SPR dan Konsert Amal dengan kehadiran artis-artis seperti Ustaz Akil Hayy, Muadz, Renggo (bekas kumpulan Arrow), Ustaz Akhwan Afandy dan kumpulan nasyid Mirwana yang telah menghiburkan para pengunjung pada sebelah malam.

Jelajah GeMS Siri 3 Daerah Hulu Langat akan di langsungkan pada 13 November 2010 akan datang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang yang ada untuk berkunjung dan melihat apa yang di maksudkan GeMS.

Pameran Briged Amal Selangor & Yayasan Amal Malasyia

Persembahan Kumpulan Dikir Barat India

Persembahan Kumpulan Kompang 7

Persembahan Gendang Cina dari SJKC Pekan Ijok

Petugas-petugas Pandaftar Pemilih Pilihanraya SPR

YB Dr Halimah Ali berkunjung ke pameran BASE

Demo Menunggang Secara Berhemah dari ARC Selangor

YB Dr Ahmad Yunus melihat pertunjukkan motosikal klasik

"Belajar dari yang muda" kata YB Dr Halimah Ali

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Sukarelawan Briged Amal Selangor

Pertandingan Bola Keranjang

Pertandingan Street Soccer

Sukarelawan BASE dari Selat Klang

Mereka tidak jemu-jemu bertugas & beramal



Motosikal jenis Vespa pun ada


Petugas BASE di temuramah oleh TV Selangor

Monday, October 25, 2010

Selamat Datang ke Blog Briged Amal Selangor, SPIES Sukarelawan

25 Oktober 2010, Shah Alam - Teknologi maklumat telah memberikan ruang maklumat yang begitu luas. Oleh itu, Briged Amal Selangor tidak mahu ketinggalan di dalam memanfaatkan ruang yang terbuka ini. 

Semoga blog ini akan memberikan maklumat mengenai Briged Amal Selangor kepada semua pihak terutama kepada ahli-ahli Briged Amal Selangor di seluruh Negeri Selangor.

Kami juga sangat mengalu-alukan sebarang sumbanagang buah fikiran, pandangan, komen serta nasihat bagi memajukan lagi blog serta prestasi Briged Amal Selangor.

Sebagai sebuah pasukan sukarelawan atau SPIES Sukarelawan kami akan terus memperkasakan matlamat dan objektif yang di gariskan oleh YB Dr Hajjah Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor melalui Portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Sekian & Terima Kasih.

AMA